Subscribe:

Wednesday, October 31, 2018

DASAR ASUHAN KANAK-KANAK


 " Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada dasar pendidikan kebangsaan sedia ada."

Monday, October 29, 2018

SERIASI


⏩ Seriasi ialah kemampuan menyusun satu-satu objek mengikut susunan berat atau panjang secara urutan

 

     ⏩ Susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas

 

    ⏩ Perbandingan adalah konsep asas seriasi, melibatkan aktiviti membanding iaitu lebih daripada dua objek dan seterusnya menempatkan objek-objek itu dalam satu urutan kecil-besar dari mula hingga akhir

 

    ⏩ Bertujuan untuk membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau konsep matematik yang lain

 

     ⏩ Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.



         💥 Pendek  Panjang



         💥 Rendah  Tinggi



         💥 Kecil  Besar



         💥 Nipis  Tebal



        💥 Sedikit  Banyak



👊 Objektif



   👀 Memastikan kanak-kanak dapat menyusun mengikut urutan yang betul



 👀 Kebolehan menyusun dan membuat seriasi adalah mengikut perkembangan konservasi dan mengelas.

Wednesday, October 24, 2018

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN PEMBENTUKAN AKHLAK


1. KETURUNAN


    Merujuk kepada pegangan agama, keluhuran budi pekerti dan akhlak




    Saling berkait dengan keturunan kedua ibu bapa



    Al-Ghazali menekankan aspek pemilihan pasangan ( keturunan ) sebelum berkahwin bagi melahirkan generasi yang berakhlak mulia.



    Faktor pemilihan wanita yang menyusukan bayi juga ditekankan dalam situasi ibu kandung tidak dapat menyusukan anaknya.



2. SOSIALISASI



    Salah satu cara berkesan dalam membentuk akhlak pada peringkat awal kanak-kanak melalui kaedah pemerhatian dan pergaulan dengan rakan sebaya.



    Ibu bapa perlu memantau dan mengenalpasti rakan sebaya anak-anak agar mereka bergaul dengan rakan yang berakhlak baik



    Beliau juga menasihatkan ibu bapa tidak mendedahkan anak-anak kepada budaya yang melalaikan seperti nyanyian.



3. LATIHAN MELALUI KEBIASAAN



  Al-Ghazali berpendapat, melatih kanak-kanak dengan kebiasaan adalah cara yang berkesan kerana jiwa kanak-kanak pada tahap ini masih bersih dan menerima apa-apa sahaja yang diberikan oleh kedua ibu bapanya.



   Melatih anak-anak membiasakan diri kepada sesuatu kebaikan secara konsisten



   Memerlukan usaha yang gigih, disiplin, berhikmah dan toleransi ibu bapa dengan anak-anak.



   Beliau menggunakan beberapa pendekatan dan kaedah iaitu :



      Membiasakan menggunakan tangan semasa makan

      Memulakan makan dengan menyebut nama Allah

      Memulakan makan dengan mengambil makanan yang paling dekat

      Tidak memulakan makan sebelum orang lain

      Tidak menjeling makanan atau orang lain yang berada bersama-sama

      Mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak mengunyah dengan gelojoh

      Tidak mencium makanan di hadapan khalayak ramai

      Biasakan anak-anak dengan makanan yang tidak mewah sekali sekala seperti roti.

      Biasakan anak-anak supaya bersikap berpuas hati dengan makanan atau minuman yang                        dihidang

      Membiasakan anak dengan pakaian, tempat tidur dan makanan yang sederhana

      Tidak membiasakan anak dengan kemewahan

      Membiasakan anak dengan sifat suka membantu, tawaduk, sopan santun dan amanah

      Membiasakan anak duduk dengan sopan iaitu tidak menyilangkan kaki apabila berada di depan            khalayak

      Tidak menopang dagu apabila berada dalam majlis ilmu



4. PEMBELAJARAN



   Mengikut Al-Ghazali, pembelajaran ialah satu proses bagi kanak-kanak untuk mengingati dan              menghargai identitinya.



   Perumpamaan bagi beliau seperti usaha mengeluarkan air daripada bumi atau membersihkan                 cermin daripada segala objek yang terlekat padanya.



   Mereka perlu berlajar cara untuk membersihkan jiwa, bertanggungjawab kepada agama dan diri          sendiri serta menghormati guru dan orang dewasa



   Guru perlu diberi autoriti bagi mengajar dan memantau perkembangan kognitif kanak-kanak



   Tugas ibu bapa ialah menfokuskan pengamalan ilmu yang diperoleh anak-anak disekolah.

Monday, October 22, 2018

EKSPERIMEN SKITTLE






Bahan-bahan :

1.    Skittles (Skittles juga boleh juga diganti dengan Smarties, M&M dan lain-lain)

2.    Air suam




Langkah-langkah :

1.    Susun Skittles di sekeliling bahagian tepi pinggan.

2.    Tuang air suam ke dalam bahagian tengah pinggan sehingga melepasi paras Skittles






Perhatikan pergerakan warna Skittles tersebut. Corak warna-warni yang terhasil ini sungguh cantik! Langkah 1 dan 2 boleh diulang menggunakan susunan warna yang berbeza.

Kesimpulan yang dapat dibuat melalui eksperimen ini adalah reaksi antara air suam terhadap Skittles akan menghasilkan corak warna-warni yang sangat menarik.



OPERASI NOMBOR


      Nombor memainkan peranan penting pembelajaran matematik



     Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah ke kompleks.



      Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah dan tolak.



KONSEP TAMBAH


      💢 Proses 2 himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu




KONSEP TOLAK ( PENGURANGAN)



     💢 Satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya




 Tahap perkembangan konsep operasi nombor

      👉 Membilang

     👉 Pengalaman konkrit

     👉 Konteks penyelesaian masalah

     👉 Penggunaan bahasa yang betul




OPERASI TAMBAH

    

        ➠Operasi tambah merupakan gabungan antara 2 set objek

         Guru boleh menekankan ELPS ( experience, language, picture, symbol ) ketika mengajar         operasi tambah

        Pengalaman konkrit diberikan disamping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.

        Contoh :

               ➥Guna objek konkrit

               ➥Menggunakan bahasa yang betul

               ➥Gunakan gambar untuk mewakili nombor

               ➥Menggunakan simbol mewakili operasi tambah dan tolak




OPERASI TOLAK




  ➠Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihat baki yang tinggal.




BAHAN DAN PERALATAN




   Bahan dan peralatan pembelajaran merupakan bahan yang boleh meningkatkan pengalaman kanak-kanak. terdapat banyak bahan dan peralatan yang mampu meningkatkan sensitiviti kanak-kanak terhadap konsep nombor.



          Apa sahaja peralatan yang  mendorong kanak-kanak untuk meneroka nombor merupakan asas persekitaran awal matematik awal kanak-kanak.




PERANCANGAN AKTIVITI




  Seorang guru perlu merancang aktiviti yang membolehkan kanak-kanak memanipulasikan pengalaman sedia ada dengan aktiviti pembelajaran yang dapat memantapkan konsep nombor.



           Perancangan seharusnya meliputi aspek :




     Strategi pelaksanaan sama ada secara individu, kumpulan besar atau kecil.

              Bahan dan peralatan yang hendak digunakan ( sesuai? keselamatan? )

             Menggabungjalinkan pembelajaran dapat memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak dan      sekali gus memberi kepuasan dengan keseronokan kepada mereka sepanjang melakukan aktiviti berkesan.


Sunday, October 21, 2018

SUSU BERWARNA AJAIB


Bahan-bahan :

1.    Susu

2.    Putik kapas

3.    Pewarna makanan

4.    Sabun pencuci pinggan




Langkah-langkah :

1.    Tuang susu ke dalam mangkuk.

2.    Titis beberapa titik pewarna makanan ke dalam susu.

3.    Titis sabun pencuci pinggan ke atas pewarna makanan di dalam susu tadi dan perhatikan keajaiban yang berlaku!

4.    Celup putik kapas pada pewarna makanan dalam mangkuk berisi susu ini.

5.    Ulang langkah 4 bagi menghasilkan lebih banyak pergerakan warna dalam susu.


6.    Buat sedikit putaran dalam larutan tadi dengan menggunakan putik kapas untuk mendapatkan corak yang lebih menarik.




Sekiranya kita menggunakan warna asas seperti merah, kuning atau biru, gabungan warna-warna asas ini melalui pergerakan warna tadi akan menghasilkan warna baru. Sebagai contoh, warna biru dan kuning akan menghasilkan warna hijau.
Selain daripada melihat pergerakan warna dalam susu, anak akan turut belajar tentang hasil gabungan warna melalui eksperimen ini.

Thursday, October 18, 2018

KUBIS BERWARNA WARNI


Bahan-bahan :


1.    4 helai daun kubis

2.    4 gelas berisi air

3.    Pewarna makanan (4 warna berbeza)




Langkah-langkah :

1.    Titis beberapa titik pewarna makanan ke dalam setiap gelas berisi air (1 gelas untuk 1 warna).

2.    Masukkan sehelai daun kubis ke dalam setiap gelas tersebut.

3.    Biarkan semalaman.



 Mereka pasti teruja apabila melihat warna daun kubis tadi telah berubah mengikut warna air dalam gelas tersebut pada keesokan hari!

Jelaskan kepada anak bahawa tumbuhan menyerap air. Oleh itu, daun kubis akan menyerap air berwarna dalam gelas tersebut.

Wednesday, October 17, 2018

LEMBARAN KERJA SAINS






                                                                              
                                    DOWNLOAD HERE                                   





KONSEP MATEMATIK


💓Mengelaskan dan memadankan objek melalui aktiviti mengasing dan menyusun barang mainan

          dan objek lain.



Mengenal ciri seperti warna, saiz, bentuk melalui aktiviti memerhati dan menyentuh objek.



Mengenal nama nombor apabila mereka mendengar pertuturan, cerita, menyanyikan lagu atau

         pantun kanak-kanak.





Menentukan nilai nombor melalui aktiviti memilih, membanding dan mengumpulkan objek


Monday, October 15, 2018

PENGENALAN



 MENURUT Mok Soon Sang (1995), matematik mengandungi unsur2 yg utama iaitu simbol  (nombor, bentuk)



 Bahasa matematik satu cabang ilmu pengetahuan yg timbul daripada proses penaakulan.



                                                                                                                                                          Kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan seharian 
(Nor Azlan, 1987).



Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak 

     berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti

     warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka.