Subscribe:

Wednesday, October 24, 2018

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN PEMBENTUKAN AKHLAK


1. KETURUNAN


   ➤ Merujuk kepada pegangan agama, keluhuran budi pekerti dan akhlak




   ➤ Saling berkait dengan keturunan kedua ibu bapa



   ➤ Al-Ghazali menekankan aspek pemilihan pasangan ( keturunan ) sebelum berkahwin bagi melahirkan generasi yang berakhlak mulia.



   ➤ Faktor pemilihan wanita yang menyusukan bayi juga ditekankan dalam situasi ibu kandung tidak dapat menyusukan anaknya.



2. SOSIALISASI



   ➤ Salah satu cara berkesan dalam membentuk akhlak pada peringkat awal kanak-kanak melalui kaedah pemerhatian dan pergaulan dengan rakan sebaya.



   ➤ Ibu bapa perlu memantau dan mengenalpasti rakan sebaya anak-anak agar mereka bergaul dengan rakan yang berakhlak baik



   ➤ Beliau juga menasihatkan ibu bapa tidak mendedahkan anak-anak kepada budaya yang melalaikan seperti nyanyian.



3. LATIHAN MELALUI KEBIASAAN



  ➤ Al-Ghazali berpendapat, melatih kanak-kanak dengan kebiasaan adalah cara yang berkesan kerana jiwa kanak-kanak pada tahap ini masih bersih dan menerima apa-apa sahaja yang diberikan oleh kedua ibu bapanya.



  ➤ Melatih anak-anak membiasakan diri kepada sesuatu kebaikan secara konsisten



  ➤ Memerlukan usaha yang gigih, disiplin, berhikmah dan toleransi ibu bapa dengan anak-anak.



  ➤ Beliau menggunakan beberapa pendekatan dan kaedah iaitu :



     ➲ Membiasakan menggunakan tangan semasa makan

     ➲ Memulakan makan dengan menyebut nama Allah

     ➲ Memulakan makan dengan mengambil makanan yang paling dekat

     ➲ Tidak memulakan makan sebelum orang lain

     ➲ Tidak menjeling makanan atau orang lain yang berada bersama-sama

     ➲ Mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak mengunyah dengan gelojoh

     ➲ Tidak mencium makanan di hadapan khalayak ramai

     ➲ Biasakan anak-anak dengan makanan yang tidak mewah sekali sekala seperti roti.

     ➲ Biasakan anak-anak supaya bersikap berpuas hati dengan makanan atau minuman yang                        dihidang

     ➲ Membiasakan anak dengan pakaian, tempat tidur dan makanan yang sederhana

     ➲ Tidak membiasakan anak dengan kemewahan

     ➲ Membiasakan anak dengan sifat suka membantu, tawaduk, sopan santun dan amanah

     ➲ Membiasakan anak duduk dengan sopan iaitu tidak menyilangkan kaki apabila berada di depan            khalayak

     ➲ Tidak menopang dagu apabila berada dalam majlis ilmu



4. PEMBELAJARAN



  ➤ Mengikut Al-Ghazali, pembelajaran ialah satu proses bagi kanak-kanak untuk mengingati dan              menghargai identitinya.



  ➤ Perumpamaan bagi beliau seperti usaha mengeluarkan air daripada bumi atau membersihkan                 cermin daripada segala objek yang terlekat padanya.



  ➤ Mereka perlu berlajar cara untuk membersihkan jiwa, bertanggungjawab kepada agama dan diri          sendiri serta menghormati guru dan orang dewasa



  ➤ Guru perlu diberi autoriti bagi mengajar dan memantau perkembangan kognitif kanak-kanak



  ➤ Tugas ibu bapa ialah menfokuskan pengamalan ilmu yang diperoleh anak-anak disekolah.

0 comments:

Post a Comment