Tuesday, December 25, 2018
PENGENALAN BLOG
💛 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , kami terdiri daripada 5 orang students kolej ketengah dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Blog pengajaran dan pembelajaran ini dibangunkan sebagai salah satu projek bagi kursus "Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Sebagai Alat Rangsangan Pembelajaran". Kami memilih bidang pendidikan awal kanak-kanak bagi membangunkan blog ini.Blog pengajaran dan pembelajaran ini bertujuan memudahkan pengguna untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.💛
Monday, December 17, 2018
TOKOH MATEMATIK
1. JEAN PIAGET
➤
Peringkat Sensori Motor ( 0-2 tahun) :
⏩ Menggunakan
pancaindera seperti pendengaran , perhatian dan aktiviti motor untuk meneroka.
➤ Peringkat Praoperasi ( 2-6 tahun ) :
⏩ Menggunakan simbol untuk mewakili
pemahaman sendiri bagi sesuatu objek. contoh guna pensil sebagai motor. ( imaginasi ).
➤ Peringkat Praoperasi Konkrit ( 6-12 tahun ) :
⏩ Perkembangan
dalaman mental seperti penambahan dan penolakan. kanak-kanak boleh melakukan operasi pada imej
atau objek yang nyata dan konkrit. ( abstrak )
➤ Peringkat Operasi Konkrit ( 12 tahun ke atas ) :
⏩ Memahami aspek
yang abstrak dan logik. mampu menyusun idea secara sistematik dan menjangka akibat.
2. JEROME BRUNER
⧭ Teori Bruner adalah ungkapan
Piaget - kanak-kanak berperanan secara aktif di dalam kelas.
⧭ Konsepnya belajar dengan menemui
/ meneroka ( discovery learning )
⧭Guru beri peluang kepada
kanak-kanak untuk menjadi penyelesai masalah ( problem solver )
⧪ 3 peringkat menurut Bruner :
➡ Enaktif ( 0-2 tahun )
💥 Guna deria motor dan deria yang lain untuk meninjau dan
memahami persekitaran
💥 Pembelajaran berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak
➡ Ikonik ( 2-4 tahun )
💥 Pembelajaran kanak-kanak menggunakan otak untuk berfikir
💥 Menggambarkan imej dalam fikiran mereka
➡ Simbolik ( 5-7 tahun )
💥 Kanak-kanak boleh berfikir menggunakan bahasa
💥 Penggunaan konsep dan bahasa berkembang
💥 Boleh memanipulasi simbol
🔺 Ianya merujuk kepada penggunaan
bahan " hands-on " yang bersifat manipulatif dalam kelas matematik.
🔺 Pengajaran seharusnya mempunyai 3
perkara utama dalam memberi perspektif tentang proses pengajaran, iaitu ;
1.
1. Beri
penjelasan tentang pengalaman spesifik bagi menimbulkan motivasi pelajar untuk belajar secara keseluruhan dan belajar subsek spesifik seperti
matematik.
2. Penyusunan bahan pengajaran
mengikut turutan untuk merangsangkan pembelajaran.
3. Pemilihan dan penyusunan ganjaran dan denda yang berpatutan dalam
proses pengajaran
😺 4 prinsip / teorem pembelajaran matematik
Bruner
1. Prinsip pembinaan
💕 Membina
sendiri perwakilan yang sesuai melalui aktiviti konkrit ( cth : latihan )
2. Prinsip notasi
💕 Notasi matematik
yang digunakan harus bersesuaian dengan peringkat perkembangan intelek pelajar
terutamanya dalam pembinaan atau perwakilan awal
💕 Notasi -
satu set sistem lambang bertulis untuk mewakili satu sistem pemikiran seperti
muzik, matematik dan sebagainya. ( kamus dewan edisi keempat )
3. Prinsip pertentangan dan variasi
💕 Kemajuan menggunakan
perwakilan konkrit kepada perwakilan abstrak melibatkan proses pertentangan dan
variasi
💕 Kebanyakkan konsep matematik ditakrifkan berasaskan sifat bertentangan. ( cth :
konsep darab dengan konsep bahagi, nombor
bulat dengan nombor ganjil dsb )
4. Prinsip persambungan
💕 Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik adalah berkaitan dengan konsep,
prinsip atau kemahiran lain.
💕 Saling berkaitan antara satu sama lain.
3. LEV VYGOTSKY
💞 Menekankan interaksi antara aspek
internal dan eksternal dari pembelajaran dan penekannya pada lingkungan sosial
pembelajaran.
💞Vygotsky ( 1978 ) states : "every
function in the child's cultural development appears twice: first, on the
social level, and later, on the individual level"
🔃 2 kategori teori Vygotsky
1) Zone Of Proximal Development ( ZPD
)
🔻 Menerangkan tentang kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh
dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya
yang lebih mahir.
🔻
2 tahap dalam ZPD
🔽Tahap perkembangan sebenar
🔽Tahap perkembangan potensi
2) Scaffolding
🔻 Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses bercakap
🔻 Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal
tingkah laku mereka sendiri.
TEKNIK PENYUSUAN YANG BETUL
1. POSISI
1. Baring
mengiring dan bayi menghala kepada payudara ibu ( berhati-hati tidak tertidur
dalam posisi ini untuk elak bayi lemas.)
2. Duduk
dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi.
3. Cara
pemberian susu dengan bayi dikepitkan di bawah lengan ibu.
4. Ibu
mengampu bayi pada tangan yang sama dengan payudara.
2. PELENGKAPAN BAYI KETIKA MENYUSU
➤Sentuh
mulut bayi dengan puting ibu, tunggu sehingga bayi membuka mulutnya paling
luas.
➤Rapatkan
bayi ke payudara ( bukan payudara ke bayi ) dan rapatkan seluruh badan bayi ke
dada bukan hanya bahagian kepala.
➤Membantu
bayi melekap dengan memegang payudara pada tangan ( huruf C ), pastikan ibu
jari jauh dari aerola dan tidak menekan payudara.
3. PELENGKAPAN YANG SALAH
➧Ini
boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payudara dan puting.
➧Puting
kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
➧Rasa
sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
➧Payudara
mungkin bengkak.
➧Susu
tidak dikeluarkan dengan berkesan.
4. BAYI MENYUSU DENGAN CARA YANG BETUL
⧭Mulut
bayi terbuka luas.
⧭Dagu
bayi menyentuh payudara.
⧭Bibir
bawah bayi bergulung keluar.
⧭Hidung
bayi terletak pada payudara dan bayi boleh bernafas.
⧭Bayi
menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semua. Hisapan secara perlahan dan
dalam.
⧭Ibu
boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
Friday, December 14, 2018
AKTIVITI STUDENT KOLEJ KETENGAH
❤ PROGRAM KOMUNITI BERSAMA TADIKA KEMAS AMBS❤
❤ MACROTEACHING BAGI SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEBAGAI ALAT RANGSANGAN PEMBELAJARAN DI TADIKA AMBS❤
❤AKTIVITI MEWARNA DI TADIKA PAKA❤
Thursday, December 13, 2018
GELAS AWAN DAN HUJAN
1. Air
2. Gelas
jernih
3. Pewarna
makanan biru
4. Krim
pencukur (shaving cream)
5. Penitis
Langkah-langkah :
1. Isikan
¾ gelas jernih dengan air.
2. Penuhkan
bahagian atas gelas dengan krim pencukur (shaving cream).
3. Tunggu
beberapa minit sehingga krim pencukur (shaving cream) berhenti
membuak di bahagian atas gelas.
4. Sementara
itu, larutkan pewarna makanan biru dengan air di dalam bekas lain.
5. Ambil
larutan warna biru tadi dengan penitis.
6. Titiskan
sebanyak mungkin pewarna biru di atas krim pencukur (shaving cream) dengan memasukkan bahagian hujung
penitis ke dalamnya.
Dalam
eksperimen ini, krim pencukur (shaving cream) dianggap
sebagai awan, manakala pewarna biru adalah air hujan. Apabila awan telah
dipenuhi air, hujan akan mula turun dan akan kelihatan titisan-titisan hujan
bewarna biru keluar daripada awan.
Sambil
melakukan eksperimen ini, kita boleh menerangkan kepada anak tentang kejadian
hujan dari sudut sains. Ianya eksperimen di rumah yang sungguh mudah dan
menakjubkan!
Wednesday, December 12, 2018
BUNYI BAHASA AWAL
➤
Tangisan lapar-Tangisan yang berlaku secara konsisten apabila seseorang bayi
atau kanak-kanak memerlukan susu untuk minum atau makanan.Tangisan akan
berhenti apabila bayi disuapkan dengan minuman atau makanan yang biasa baginya.
➤
Tangisan sakit-Tangisan yang berlaku secara lantang dan berterusan walaupun
dibelai atau dipujuk.Bayi akan berjaga kerana penderitaan oleh kerana kesakitan
yang dialaminya.Tangisan akan hanya berhenti sekiranya.bayi diberikan ubat dan
tertidur semula.
➤
Tangisan tidak selesa-Tangisan ketika bayi dalam keadaan basah,kotor,cuaca
terlalu panas atau sejuk,bunyi bising atau tidak ada sesiapa di
sekitarnya.Tangisan ini mudah dihentikan apabila lampin atau pakaian
ditukarkan,dibersihkan,atau dialih ke tempat yang lebih selesa.
Tuesday, December 11, 2018
EKSPERIMEN AIR BERJALAN
Bahan-bahan
:
1. 3
gelas sama tinggi
2. tisu
3. air
4. perwarna
makanan biru dan kuning
Langkah-langkah :
1. Siapkan
dua kertas tisu yang lebarnya sekitar 1 atau 2 inci.
2. Susun
3 gelas tersebut dengan jarak masing-masing 2 hingga 3 inci.
3. Tuangkan
air ke dalam gelas sehingga separuh penuh dan biarkan gelas ditengah kosong.
4. Titiskan
pewarna makanan ke dalam air dan kacau sehingga rata.
5. Ambil
kertas tisu yang telah disiapkan tadi dan masukkan hujung tisu tersebut ke
dalam gelas yang mengandungi air dan hujung lagi satu ke dalam gelas kosong.
Tuesday, December 4, 2018
PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN PEMBENTUKAN AKHLAK
🔃 Terbahagi kepada dua peringkat, iaitu :
⦽ 0 sehingga mencapai usia mumayyiz
⦽ Mumayyiz sehingga mencapai usia
akil baligh
⏩ Peringkat pertama ( 0 hingga mencapai usia mumayyiz )
⏬ Aspek kehendak atau kemahuan ( syahwah ) bagi meneruskan
kehidupan di dunia terutama
kemahuan untuk memuaskan perutnya.
⏬ Cth : Bayi menangis apabila kelaparan dan mahukan susu, maka
Al-Ghazali berpendapat aspek ini
paling utama dalam setiap individu, ia dianggap sukar untuk dikawal.
⏬ Aspek kognitif / intelektual berkembang melalui 5 organ
pancaindera, iaitu :
⇨ Deria sentuh
⇨ Deria bau
⇨ Deria rasa
⇨ Deria lihat
⇨ Deria dengar
⏩ Peringkat kedua ( mumayyiz sehingga baligh )
⏬ Kanak-kanak dapat membuat penilaian antara baik dengan buruk
atau tingkah laku bermoral dengan tidak bermoral
⏬ Jelas menunjukkan kemampuan logik dan akalnya
⏬ Beliau berpendapat, petanda pertama yang membuktikan
kematangan akal ialah mempunyai sifat malu
⏬ Menyarankan kank-kanak bermain supaya hati kank-kanak tidak mati
dan akalnya tidak terbantut.
Monday, December 3, 2018
6 PESANAN IMAM AL-GHAZALI YANG MENYUCIKAN JIWA
💣 Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia
daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.
💣 Apabila berdepan dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia
daripada kita kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
💣 Apabila berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia
kerana banyaknya ilmu di dadanya.
💣 Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia kerana
mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan dosa kita dalam mengetahuinya.
💣 Apabila berjumpa dengan orang jahat, jangan anggap kita mulia.
tetapi katakan mungkin orang jahat akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan
kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
💣 Apabila bertemu dengan orang kafir, belum tentu dia akan kafir
selama-lamanya.
Sunday, December 2, 2018
PENDEKATAN MENDIDIK AHKLAK
💦 Beliau menggunakan pendekatan sendiri dalam mendidik kanak-kanak
sesuai dengan kehendak Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad ( S.A.W )
💦 5 pendekatan yang digunakan ialah :
💬 Mendidik ( ta'dib )
💬 Disiplin kendiri ( riadah )
💬 Mengajar ( ta'lim )
💬 Pemeliharaan / asuhan yang baik ( tarbiyyah )
💬 Penyucian ( tahzib )
💦 Imam Al-Ghazali mentakrifkan akhlak iaitu suatu sifat yang
tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah
tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.
💦 Moral pula ialah satu perkara yang lebih merujuk kepada
peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan.
💫 KONSEP AKHLAK
💬 Akhlak / moral tidak boleh dipisahkan kerana setiap
perbuatan yang diambil tidak terlepas
daripada hukuman sama ada terhadap diri / orang lain / benda lain
iaitu adakah ia baik atau tidak tindakan tersebut.
💬 Akhlak dalam kehidupan manusia penting sehinggakan
orang yang tidak bermoral merasakan perlu
adanya akhlak yang diakui oleh mereka agar kehidupan menjadi lebih baik.
💬 Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak
mempunyai isi, jasad yang tidak bernyawa.
💫PERBEZAAN
AKHLAK
💥Tingkah laku manusia berasaskan wahyu/syarak
💥Menilai tindakan zahir dan batin manusia
💥Ditentukan oleh Allah melalui Al-Quran dan As-Sunnah
MORAL
💥Tingkah laku yang ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat
💥Menilai tindakan zahir manusia sahaja
💥Ditentukan oleh manusia
💥Tingkah laku manusia berasaskan wahyu/syarak
💥Menilai tindakan zahir dan batin manusia
💥Ditentukan oleh Allah melalui Al-Quran dan As-Sunnah
MORAL
💥Tingkah laku yang ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat
💥Menilai tindakan zahir manusia sahaja
💥Ditentukan oleh manusia
💧 Ta'dib ( mendidik )
💞 Ta'dib berasal daripada perkataan adab yang bermaksud
tenaga dalaman yang terpendam, secara semula jadi
cenderung kepada hakikat kebenaran yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan
atau tingkah laku
💞 Merangkumi aspek pengajaran, kognitif, emosi, fizikal
dan spiritual.
💞 Anak-anak adalah amanah Allah kepada kedua ibu bapanya.
💞 Jika anak di didik dengan perbuatan yang baik, ia akan
membesar dalam persekitaran dan menjadi manusia yang baik
💞 Sebaliknya, jka dibiasakan dengan perbuatan jahat dan
pendidikan diabaikan, ia akan menjadi
manusia jahat dan dosanya turut ditanggung oleh ibu bapanya dan mereka yang
dipertanggungjawabkan untuk
menjaganya.
💞 Fitrah merujuk kepada naluri bagi mengenal, mentauhidkan
Allah dan mencari hakikat kebenaran
💞 Setiap kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai pelbagai
entiti seperti unsur intelek, emosi,
material, tubuh badan dan roh
💞 Wujud unsur-unsur positif dan negatif dalam diri manusia
💞 Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan akhlak yang baik dalam
diri anak melalui agen sosialisasi utama seperti pendidikan, amalan kebiasaan,
dan pergaulan dengan orang-orang berbudi pekerti mulia.
💞 Akhlak terhasil daripada wujudnya interaksi antara roh dan
tindakan yang dipamerkan melalui perlakuan seorang anak
💞 Roh merujuk kepada akhlak manakala perlakuan merujuk kepada
aktiviti anggota tubuh yang dapat dilihat
💞 Al-Ghazali melihat konsep ta'dib ini ialah satu proses
untuk mendisiplinkan aspek fizikal dan spiritual anak
💞 Anak-anak perlu dididik dengan perkara-perkara yang mudah
dahulu sehingga mereka mampu menguasainya diikuti perkara-perkara yang lebih
kompleks.
💞 Beliau juga menekankan aspek fizikal kanak-kanak
💞 Kanak-kanak perlu diberi masa untuk bermain dan melakukan
aktivti-aktiviti pergerakan fizikal agar tubuh badan sihat dan menceriakan
emosi mereka.
💞 Kestabilan fizikal dan emosi berkait rapat dengan
perkembangan kognitif kanak-kanak.
💞 Oleh itu, guru dan ibu bapa perlu memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk bermain bagi merehatkan minda dan menjauhkan diri daripada
sifat malas.
💧 Riadah ( disiplin kendiri )
💞 Al-Ghazali berpendapat bahawa riadah sebagai latihan kepada
roh, bermula dengan latihan yang mudah-kompleks melalui usaha yang
bersungguh-sungguh dan berkala hingga tahap yang sukar dapat dicapai dan
diamalkan dengan mudah.
💞 Bertujuan untuk membentuk akhlak yang baik
💞 Contoh : Ibu bapa berperanan menjadi role model yang baik
kepada anak-anak dari segi percakapan, perbuatan atau naluri dalaman
💞 Beliau membahagikan riadah kepada 2 peringkat :
1. Penerapan adab dikaitkan dengan tabiat semulajadi roh yang cenderung
kepada kebaikan.
2. Meneruskan objektif positif, iaitu merujuk kepada niat yang baik.
💞 Matlamat utama riadah ialah membersihkan roh daripada
akhlak yang keji seperti sikap marah, tamak dan sebagainya.
💞 Roh, intelek, emosi dan kehendak dalaman perlu
diseimbangkan agar akhlak yang terpuji dan sifat adil dapat dibentuk dalam diri
individu
💞 Maka individu dapat mencapai tahap hikmah ( akal yang
sempurna ) iaitu berkebolehan membezakan antara perkara yang baik atau buruk
atau betul atau salah.
💧 Ta'lim ( mengajar )
💞 Perkataan asal allama bermaksud menjadikan individu berilmu
pengetahuan atau mengajar ilmu kepada individu supaya ilmu itu kekal dalam
akalnya.
💞 Merujuk kepada pengajaran dan aspek kognitif.
💞 Satu proses manusia mendapatkan ilmu yang mengangkat
martabat manusia ke tahap kemanusiaan yang sempurna
💞 Proses pengajaran-pembelajaran melibatkan ilmu pengetahuan,
pelajar, dan guru ialah proses bagi mengembangkan potensi yang sedia ada pada
diri kanak-kanak agar mereka berakhlak baik.
💞 Guru berperanan penting dalam pembentukkan akhlak baik
dalam diri pelajar.
💞 Menurut Al-Ghazali, ciri-ciri guru yang baik adalah :
💪 Berakhlak baik
💪 Ilmu yang mendalam
💪 Ikhlas menyampaikan ilmu
💪 Mempunyai perasaan belas kasihan
kepada pelajar
💪 Sentiasa mengamalkan ilmu yang dimilikinya
💧 Tarbiyyah ( pengasuhan )
💞 Berasal daripada perkataan rabba bermaksud memelihara,
membela dan mengasuh walaupun tanpa ilmu pengetahuan
💞 Fitrah kejadian manusia yang sentiasa cenderung kepada
kesempurnaan dan ilmu pengetahuan, maka proses ini memerlukan penyucian jiwa
dan ilmu pengetahuan agar dapat berkembang dengan sempurna
💞 Ilmu yang utama diajar kepada anak-anak ialah ilmu agama
dan Al-Quran
💝 5 garis panduan oleh Al-Ghazali
💢 Memupuk amalan / kebiasaan yang baik dan positif
💚 Dipraktikkan di rumah sebagaimana yang
dianjurkan oleh islam
💚 Cth : Diajar adab tidur seperti membaca doa
tertentu sebelum dan selepas bangun tidur
💢 Menyemai sifat mahmudah dalam kalangan kanak-kanak bermula
dari ibu bapa sendiri yang
mempraktikkan terlebih dahulu.
💚 Menyemai sifat jujur dan ikhlas dalam
pergaulan, berani berhadapan dengan masalah dan
cabaran, rendah diri seperti tidak sombong,
hormat menghormati.
💢 Ibu bapa bertutur dengan bahasa yang baik
💚 Elakkan menggunakan perkataan kesat ketika
memarahi anak-anak seperti perkataan bodoh,
bengap, anak tidak berguna dsb.
💚 Beri kesan kepada keyakinan dalam diri mereka
💢 Mengukuh intelektual dan fizikal kanak-kanak
💚 Menyarankan agar kanak-kanak yang sudah boleh
menulis, membaca dan mengeja didedahkan
dengan bahan bacaan yang mempunyai nilai dan unsur yang positif seperti
kisah tentang
tokoh-tokoh islam, kisah yang memaparkan nilai dan peribadi yang baik,
dan keperluan untuk menyayangi
keluarga dan masyarakat.
💚 Aspek fizikal : menyarankan ibu bapa agar
tidak menggalakkan anak-anak mereka tidur di
siang hari kerana boleh melemahkan mental dan
fizikal mereka.
💚 Diajar bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak bermegah-megah dengan kekayaan ibu bapa
dan tidak berdukacita terhadap kemiskinan keluarganya.
💢 Beri ganjaran dan dendaan kepada kanak-kanak dalam membentuk
dan mendidik akhlak mereka
💚 Ganjaran : Pujian, kata-kata perangsang
sebagai galakan tingkah laku yang baik selain daripada hadiah
💚 Dendaan : Kenakan hukuman berlandaskan
syariat setelah mereka tidak menunjukkan tanda-
tanda untuk berubah.
💧 Tahzib (penyucian )
💞 Bermaksud membersih, menyuci dan mengemaskan sesuatu
daripada sebarang kekotoran.
💞 Merujuk kepada penyucian akhlak
💞 Menurut Al-Ghazali, tahzib ialah penilaian kendiri dalam
usaha meningkatkan diri ke tahap yang lebih sempurna.
💞 Cth : Orang yang berhati mulia sentiasa menjadikan sedekah
sebagai amalan biasa.
💞 4 asas kesempurnaan akhlak ( ummamat al-akhlak ) mengikut
Al-Ghazali
1. Kebijaksaan ( hikmah ) : Dapat memahami kebenaran
daripada kesilapan atas tindakan yang
dipilihnya
2. Keadilan ( adil ) : Jiwa yang dapat menahan marah
dan hawa nafsu bagi membimbing manusia
ke arah keselamatan dan kesejahteraan.
3. Keberanian ( syaja'ah ) : Keteguhan hati bagi
mempertahankan kebenaran walau dicela dan tidak lupa diri tika dipuji
4. Iffah : Memelihara diri daripada perkara negatif
atau maksiat.
💞 Proses tahzib perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak agar
mereka memahami konsep hikmah ( hidup / mati, sebab
dan akibat pada hari akhirat ) apabila mencapai baligh.
Subscribe to:
Posts (Atom)