1. POSISI
1. Baring
mengiring dan bayi menghala kepada payudara ibu ( berhati-hati tidak tertidur
dalam posisi ini untuk elak bayi lemas.)
2. Duduk
dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi.
3. Cara
pemberian susu dengan bayi dikepitkan di bawah lengan ibu.
4. Ibu
mengampu bayi pada tangan yang sama dengan payudara.
2. PELENGKAPAN BAYI KETIKA MENYUSU
➤Sentuh
mulut bayi dengan puting ibu, tunggu sehingga bayi membuka mulutnya paling
luas.
➤Rapatkan
bayi ke payudara ( bukan payudara ke bayi ) dan rapatkan seluruh badan bayi ke
dada bukan hanya bahagian kepala.
➤Membantu
bayi melekap dengan memegang payudara pada tangan ( huruf C ), pastikan ibu
jari jauh dari aerola dan tidak menekan payudara.
3. PELENGKAPAN YANG SALAH
➧Ini
boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payudara dan puting.
➧Puting
kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
➧Rasa
sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
➧Payudara
mungkin bengkak.
➧Susu
tidak dikeluarkan dengan berkesan.
4. BAYI MENYUSU DENGAN CARA YANG BETUL
⧭Mulut
bayi terbuka luas.
⧭Dagu
bayi menyentuh payudara.
⧭Bibir
bawah bayi bergulung keluar.
⧭Hidung
bayi terletak pada payudara dan bayi boleh bernafas.
⧭Bayi
menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semua. Hisapan secara perlahan dan
dalam.
⧭Ibu
boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
0 comments:
Post a Comment