Subscribe:

Monday, December 17, 2018

TOKOH MATEMATIK


    1. JEAN PIAGET



  Peringkat Sensori Motor ( 0-2 tahun) :

        ⏩ Menggunakan pancaindera seperti pendengaran , perhatian dan aktiviti motor untuk meneroka.



  Peringkat Praoperasi ( 2-6 tahun )  :

         ⏩ Menggunakan simbol untuk mewakili pemahaman sendiri bagi sesuatu objek. contoh guna pensil sebagai motor. ( imaginasi ).



  Peringkat Praoperasi Konkrit ( 6-12 tahun ) :

         ⏩ Perkembangan dalaman mental seperti penambahan dan penolakan. kanak-kanak boleh melakukan operasi pada imej atau objek yang nyata dan konkrit. ( abstrak )



  Peringkat Operasi Konkrit ( 12 tahun ke atas ) :

         ⏩ Memahami aspek yang abstrak dan logik. mampu menyusun idea secara sistematik dan menjangka akibat.





    2. JEROME BRUNER



 Teori Bruner adalah ungkapan Piaget - kanak-kanak berperanan secara aktif di dalam kelas.



 Konsepnya belajar dengan menemui / meneroka ( discovery learning )



   ⧭Guru beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjadi penyelesai masalah ( problem solver )



      

        3 peringkat menurut Bruner :



                        Enaktif ( 0-2 tahun )

                           💥 Guna deria motor dan deria yang lain untuk meninjau dan memahami persekitaran

                           💥 Pembelajaran berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak

                   

                         Ikonik ( 2-4 tahun )

                           💥 Pembelajaran kanak-kanak menggunakan otak untuk berfikir

                           💥 Menggambarkan imej dalam fikiran mereka

                                

                        Simbolik ( 5-7 tahun )

                           💥 Kanak-kanak boleh berfikir menggunakan bahasa

                           💥 Penggunaan konsep dan bahasa berkembang

                           💥 Boleh memanipulasi simbol





            🔺 Ianya merujuk kepada penggunaan bahan " hands-on " yang bersifat manipulatif dalam kelas matematik.



           🔺 Pengajaran seharusnya mempunyai 3 perkara utama dalam memberi perspektif tentang proses pengajaran, iaitu ;


1.
1.  Beri penjelasan tentang pengalaman spesifik bagi menimbulkan motivasi pelajar untuk  belajar secara keseluruhan dan belajar subsek spesifik seperti matematik.  


      2. Penyusunan bahan pengajaran mengikut  turutan untuk merangsangkan pembelajaran.



               3. Pemilihan dan penyusunan ganjaran dan denda yang berpatutan dalam proses pengajaran





😺 4 prinsip / teorem pembelajaran matematik Bruner



    1. Prinsip pembinaan

        💕 Membina sendiri perwakilan yang sesuai melalui aktiviti konkrit ( cth : latihan )



   2. Prinsip notasi

      💕 Notasi matematik yang digunakan harus bersesuaian dengan peringkat perkembangan intelek pelajar terutamanya dalam pembinaan atau perwakilan awal

       💕  Notasi - satu set sistem lambang bertulis untuk mewakili satu sistem pemikiran seperti muzik, matematik dan sebagainya. ( kamus dewan edisi keempat )



   3. Prinsip pertentangan dan variasi

      💕 Kemajuan menggunakan perwakilan konkrit kepada perwakilan abstrak melibatkan proses pertentangan dan variasi

         💕 Kebanyakkan konsep matematik ditakrifkan berasaskan sifat bertentangan. ( cth : konsep darab dengan konsep bahagi, nombor bulat dengan nombor ganjil dsb )



    4. Prinsip persambungan

           💕 Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik adalah berkaitan dengan konsep, prinsip atau kemahiran lain.

           💕 Saling berkaitan antara satu sama lain.







3. LEV VYGOTSKY



💞 Menekankan interaksi antara aspek internal dan eksternal dari pembelajaran dan penekannya pada lingkungan sosial pembelajaran.



   💞Vygotsky ( 1978 ) states : "every function in the child's cultural development appears twice: first, on the social level, and later, on the individual level"





🔃 2 kategori teori Vygotsky



    1) Zone Of Proximal Development ( ZPD )

       

         🔻 Menerangkan tentang kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

         

            🔻 2 tahap dalam ZPD

                🔽Tahap perkembangan sebenar

                🔽Tahap perkembangan potensi



    2) Scaffolding



           🔻 Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses bercakap



           🔻 Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri.

0 comments:

Post a Comment