Subscribe:

Monday, October 22, 2018

OPERASI NOMBOR


     ⧫ Nombor memainkan peranan penting pembelajaran matematik



    ⧫ Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah ke kompleks.



     ⧫ Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah dan tolak.



⧪ KONSEP TAMBAH


      💢 Proses 2 himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu




⧪ KONSEP TOLAK ( PENGURANGAN)



     💢 Satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya




⧪ Tahap perkembangan konsep operasi nombor

      👉 Membilang

     👉 Pengalaman konkrit

     👉 Konteks penyelesaian masalah

     👉 Penggunaan bahasa yang betul




⧪ OPERASI TAMBAH

    

        ➠Operasi tambah merupakan gabungan antara 2 set objek

        ➠ Guru boleh menekankan ELPS ( experience, language, picture, symbol ) ketika mengajar         operasi tambah

       ➠ Pengalaman konkrit diberikan disamping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.

       ➠ Contoh :

               ➥Guna objek konkrit

               ➥Menggunakan bahasa yang betul

               ➥Gunakan gambar untuk mewakili nombor

               ➥Menggunakan simbol mewakili operasi tambah dan tolak




⧪ OPERASI TOLAK




  ➠Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihat baki yang tinggal.




⧪ BAHAN DAN PERALATAN




  ➽ Bahan dan peralatan pembelajaran merupakan bahan yang boleh meningkatkan pengalaman kanak-kanak. terdapat banyak bahan dan peralatan yang mampu meningkatkan sensitiviti kanak-kanak terhadap konsep nombor.



         ➽ Apa sahaja peralatan yang  mendorong kanak-kanak untuk meneroka nombor merupakan asas persekitaran awal matematik awal kanak-kanak.




⧪PERANCANGAN AKTIVITI




 ➽ Seorang guru perlu merancang aktiviti yang membolehkan kanak-kanak memanipulasikan pengalaman sedia ada dengan aktiviti pembelajaran yang dapat memantapkan konsep nombor.



         ➽  Perancangan seharusnya meliputi aspek :




    ➧ Strategi pelaksanaan sama ada secara individu, kumpulan besar atau kecil.

             ➧ Bahan dan peralatan yang hendak digunakan ( sesuai? keselamatan? )

            ➧ Menggabungjalinkan pembelajaran dapat memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak dan      sekali gus memberi kepuasan dengan keseronokan kepada mereka sepanjang melakukan aktiviti berkesan.


0 comments:

Post a Comment