Subscribe:

Tuesday, December 25, 2018

PENGENALAN BLOG

💛  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , kami terdiri daripada 5 orang students kolej ketengah dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Blog pengajaran dan pembelajaran ini dibangunkan sebagai salah satu projek bagi kursus "Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Sebagai Alat Rangsangan Pembelajaran". Kami memilih bidang pendidikan awal kanak-kanak bagi membangunkan blog ini.Blog pengajaran dan pembelajaran ini bertujuan memudahkan pengguna untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.💛

Monday, December 17, 2018

TOKOH MATEMATIK


    1. JEAN PIAGET



  Peringkat Sensori Motor ( 0-2 tahun) :

        ⏩ Menggunakan pancaindera seperti pendengaran , perhatian dan aktiviti motor untuk meneroka.



  Peringkat Praoperasi ( 2-6 tahun )  :

         ⏩ Menggunakan simbol untuk mewakili pemahaman sendiri bagi sesuatu objek. contoh guna pensil sebagai motor. ( imaginasi ).



  Peringkat Praoperasi Konkrit ( 6-12 tahun ) :

         ⏩ Perkembangan dalaman mental seperti penambahan dan penolakan. kanak-kanak boleh melakukan operasi pada imej atau objek yang nyata dan konkrit. ( abstrak )



  Peringkat Operasi Konkrit ( 12 tahun ke atas ) :

         ⏩ Memahami aspek yang abstrak dan logik. mampu menyusun idea secara sistematik dan menjangka akibat.





    2. JEROME BRUNER



 Teori Bruner adalah ungkapan Piaget - kanak-kanak berperanan secara aktif di dalam kelas.



 Konsepnya belajar dengan menemui / meneroka ( discovery learning )



   ⧭Guru beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjadi penyelesai masalah ( problem solver )



      

        3 peringkat menurut Bruner :



                        Enaktif ( 0-2 tahun )

                           💥 Guna deria motor dan deria yang lain untuk meninjau dan memahami persekitaran

                           💥 Pembelajaran berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak

                   

                         Ikonik ( 2-4 tahun )

                           💥 Pembelajaran kanak-kanak menggunakan otak untuk berfikir

                           💥 Menggambarkan imej dalam fikiran mereka

                                

                        Simbolik ( 5-7 tahun )

                           💥 Kanak-kanak boleh berfikir menggunakan bahasa

                           💥 Penggunaan konsep dan bahasa berkembang

                           💥 Boleh memanipulasi simbol





            🔺 Ianya merujuk kepada penggunaan bahan " hands-on " yang bersifat manipulatif dalam kelas matematik.



           🔺 Pengajaran seharusnya mempunyai 3 perkara utama dalam memberi perspektif tentang proses pengajaran, iaitu ;


1.
1.  Beri penjelasan tentang pengalaman spesifik bagi menimbulkan motivasi pelajar untuk  belajar secara keseluruhan dan belajar subsek spesifik seperti matematik.  


      2. Penyusunan bahan pengajaran mengikut  turutan untuk merangsangkan pembelajaran.



               3. Pemilihan dan penyusunan ganjaran dan denda yang berpatutan dalam proses pengajaran





😺 4 prinsip / teorem pembelajaran matematik Bruner



    1. Prinsip pembinaan

        💕 Membina sendiri perwakilan yang sesuai melalui aktiviti konkrit ( cth : latihan )



   2. Prinsip notasi

      💕 Notasi matematik yang digunakan harus bersesuaian dengan peringkat perkembangan intelek pelajar terutamanya dalam pembinaan atau perwakilan awal

       💕  Notasi - satu set sistem lambang bertulis untuk mewakili satu sistem pemikiran seperti muzik, matematik dan sebagainya. ( kamus dewan edisi keempat )



   3. Prinsip pertentangan dan variasi

      💕 Kemajuan menggunakan perwakilan konkrit kepada perwakilan abstrak melibatkan proses pertentangan dan variasi

         💕 Kebanyakkan konsep matematik ditakrifkan berasaskan sifat bertentangan. ( cth : konsep darab dengan konsep bahagi, nombor bulat dengan nombor ganjil dsb )



    4. Prinsip persambungan

           💕 Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik adalah berkaitan dengan konsep, prinsip atau kemahiran lain.

           💕 Saling berkaitan antara satu sama lain.







3. LEV VYGOTSKY



💞 Menekankan interaksi antara aspek internal dan eksternal dari pembelajaran dan penekannya pada lingkungan sosial pembelajaran.



   💞Vygotsky ( 1978 ) states : "every function in the child's cultural development appears twice: first, on the social level, and later, on the individual level"





🔃 2 kategori teori Vygotsky



    1) Zone Of Proximal Development ( ZPD )

       

         🔻 Menerangkan tentang kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

         

            🔻 2 tahap dalam ZPD

                🔽Tahap perkembangan sebenar

                🔽Tahap perkembangan potensi



    2) Scaffolding



           🔻 Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses bercakap



           🔻 Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri.

TEKNIK PENYUSUAN YANG BETUL


1. POSISI

1.      Baring mengiring dan bayi menghala kepada payudara ibu ( berhati-hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas.)

2.       Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi.

3.      Cara pemberian susu dengan bayi dikepitkan di bawah lengan ibu.

4.       Ibu mengampu bayi pada tangan yang sama dengan payudara.

2. PELENGKAPAN BAYI KETIKA MENYUSU



➤Sentuh mulut bayi dengan puting ibu, tunggu sehingga bayi membuka mulutnya paling luas.



Rapatkan bayi ke payudara ( bukan payudara ke bayi ) dan rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala.



Membantu bayi melekap dengan memegang payudara pada tangan ( huruf C ), pastikan ibu jari jauh dari aerola dan tidak menekan payudara.



3. PELENGKAPAN YANG SALAH



Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payudara dan puting.



Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.



Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.



Payudara mungkin bengkak.



➧Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.



4. BAYI MENYUSU DENGAN CARA YANG BETUL



Mulut bayi terbuka luas.



Dagu bayi menyentuh payudara.



Bibir bawah bayi bergulung keluar.



Hidung bayi terletak pada payudara dan bayi boleh bernafas.



Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semua. Hisapan secara perlahan dan dalam.



Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.

Friday, December 14, 2018

AKTIVITI STUDENT KOLEJ KETENGAH


❤ PROGRAM KOMUNITI BERSAMA TADIKA KEMAS AMBS❤






❤ MACROTEACHING BAGI SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEBAGAI ALAT RANGSANGAN PEMBELAJARAN DI TADIKA AMBS❤







❤AKTIVITI MEWARNA DI TADIKA PAKA❤



 
                  ❤PERMAINAN RODA IMPIAN DI TADIKA PAKA❤

Thursday, December 13, 2018

GELAS AWAN DAN HUJAN


Bahan-bahan :

1.    Air


2.    Gelas jernih

3.    Pewarna makanan biru

4.    Krim pencukur (shaving cream)

5.    Penitis




Langkah-langkah :

1.    Isikan ¾ gelas jernih dengan air.

2.    Penuhkan bahagian atas gelas dengan krim pencukur (shaving cream).

3.    Tunggu beberapa minit sehingga krim pencukur (shaving cream) berhenti membuak di bahagian atas gelas.

4.    Sementara itu, larutkan pewarna makanan biru dengan air di dalam bekas lain.

5.    Ambil larutan warna biru tadi dengan penitis.

6.    Titiskan sebanyak mungkin pewarna biru di atas krim pencukur (shaving cream) dengan memasukkan bahagian hujung penitis ke dalamnya.





Dalam eksperimen ini, krim pencukur (shaving cream) dianggap sebagai awan, manakala pewarna biru adalah air hujan. Apabila awan telah dipenuhi air, hujan akan mula turun dan akan kelihatan titisan-titisan hujan bewarna biru keluar daripada awan.
Sambil melakukan eksperimen ini, kita boleh menerangkan kepada anak tentang kejadian hujan dari sudut sains. Ianya eksperimen di rumah yang sungguh mudah dan menakjubkan!

Wednesday, December 12, 2018

BUNYI BAHASA AWAL



Tangisan lapar-Tangisan yang berlaku secara konsisten apabila seseorang bayi atau kanak-kanak memerlukan susu untuk minum atau makanan.Tangisan akan berhenti apabila bayi disuapkan dengan minuman atau makanan yang biasa baginya.




Tangisan sakit-Tangisan yang berlaku secara lantang dan berterusan walaupun dibelai atau dipujuk.Bayi akan berjaga kerana penderitaan oleh kerana kesakitan yang dialaminya.Tangisan akan hanya berhenti sekiranya.bayi diberikan ubat dan tertidur semula.




Tangisan tidak selesa-Tangisan ketika bayi dalam keadaan basah,kotor,cuaca terlalu panas atau sejuk,bunyi bising atau tidak ada sesiapa di sekitarnya.Tangisan ini mudah dihentikan apabila lampin atau pakaian ditukarkan,dibersihkan,atau dialih ke tempat yang lebih selesa.


Tuesday, December 11, 2018

EKSPERIMEN AIR BERJALAN

Bahan-bahan :

1.      3 gelas sama tinggi
2.      tisu
3.      air
4.      perwarna makanan biru dan kuning



Langkah-langkah :



1.      Siapkan dua kertas tisu yang lebarnya sekitar 1 atau 2 inci. 

2.      Susun 3 gelas tersebut dengan jarak masing-masing 2 hingga 3 inci.

3.      Tuangkan air ke dalam gelas sehingga separuh penuh dan biarkan gelas ditengah kosong.

4.      Titiskan pewarna makanan ke dalam air dan kacau sehingga rata.

5.      Ambil kertas tisu yang telah disiapkan tadi dan masukkan hujung tisu tersebut ke dalam gelas yang mengandungi air dan hujung lagi satu ke dalam gelas kosong.


Tuesday, December 4, 2018

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN PEMBENTUKAN AKHLAK


    🔃 Terbahagi kepada dua peringkat, iaitu :



        0 sehingga mencapai usia mumayyiz




          Mumayyiz sehingga mencapai usia akil baligh




 Peringkat pertama ( 0 hingga mencapai usia mumayyiz )



   ⏬ Aspek kehendak atau kemahuan ( syahwah ) bagi meneruskan kehidupan di dunia terutama                  kemahuan untuk memuaskan perutnya.



    ⏬ Cth : Bayi menangis apabila kelaparan dan mahukan susu, maka Al-Ghazali berpendapat aspek             ini  paling utama dalam setiap individu, ia dianggap sukar untuk dikawal.



    ⏬ Aspek kognitif / intelektual berkembang melalui 5 organ pancaindera, iaitu :

        Deria sentuh

        Deria bau

        Deria rasa

        Deria lihat

        Deria dengar



 Peringkat kedua ( mumayyiz sehingga baligh )



   ⏬ Kanak-kanak dapat membuat penilaian antara baik dengan buruk atau tingkah laku bermoral dengan tidak bermoral



   ⏬ Jelas menunjukkan kemampuan logik dan akalnya



   ⏬ Beliau berpendapat, petanda pertama yang membuktikan kematangan akal ialah mempunyai sifat malu



  ⏬ Menyarankan kank-kanak bermain supaya hati kank-kanak tidak mati dan akalnya tidak terbantut.

Monday, December 3, 2018

6 PESANAN IMAM AL-GHAZALI YANG MENYUCIKAN JIWA



💣 Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.




💣 Apabila berdepan dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.



💣 Apabila berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.



💣 Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan dosa kita dalam mengetahuinya.



💣 Apabila berjumpa dengan orang jahat, jangan anggap kita mulia. tetapi katakan mungkin orang jahat akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.



💣 Apabila bertemu dengan orang kafir, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Sunday, December 2, 2018

PENDEKATAN MENDIDIK AHKLAK


💦 Beliau menggunakan pendekatan sendiri dalam mendidik kanak-kanak sesuai dengan kehendak Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad ( S.A.W )



💦 5 pendekatan yang digunakan ialah :

      💬 Mendidik ( ta'dib )

      💬 Disiplin kendiri ( riadah )

      💬 Mengajar ( ta'lim )

      💬 Pemeliharaan / asuhan yang baik ( tarbiyyah )

      💬 Penyucian ( tahzib )



💦 Imam Al-Ghazali mentakrifkan  akhlak iaitu suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.



💦 Moral pula ialah satu perkara yang lebih merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan.



💫 KONSEP AKHLAK



    💬 Akhlak / moral tidak boleh dipisahkan kerana setiap perbuatan yang diambil tidak terlepas                 daripada hukuman sama ada terhadap diri / orang lain / benda lain iaitu adakah ia baik atau tidak         tindakan tersebut.

    💬 Akhlak dalam kehidupan manusia penting sehinggakan orang yang tidak bermoral merasakan           perlu adanya akhlak yang diakui oleh mereka agar kehidupan menjadi lebih baik.


    💬 Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, jasad yang tidak bernyawa.




💫PERBEZAAN


AKHLAK
💥Tingkah laku manusia berasaskan wahyu/syarak
💥Menilai tindakan zahir dan batin manusia
💥Ditentukan oleh Allah melalui Al-Quran dan As-Sunnah



MORAL
💥Tingkah laku yang ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat
💥Menilai tindakan zahir manusia sahaja
💥Ditentukan oleh manusia




💧 Ta'dib ( mendidik )

 

  💞 Ta'dib berasal daripada perkataan adab yang bermaksud tenaga dalaman yang terpendam, secara         semula jadi cenderung kepada hakikat kebenaran yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan atau          tingkah laku



   💞 Merangkumi aspek pengajaran, kognitif, emosi, fizikal dan spiritual.



  💞 Anak-anak adalah amanah Allah kepada kedua ibu bapanya.



  💞 Jika anak di didik dengan perbuatan yang baik, ia akan membesar dalam persekitaran dan menjadi  manusia yang baik



  💞 Sebaliknya, jka dibiasakan dengan perbuatan jahat dan pendidikan diabaikan, ia akan menjadi             manusia jahat dan dosanya turut ditanggung oleh ibu bapanya dan mereka yang                                     dipertanggungjawabkan untuk menjaganya.



  💞 Fitrah merujuk kepada naluri bagi mengenal, mentauhidkan Allah dan mencari hakikat kebenaran



  💞 Setiap kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai pelbagai entiti seperti unsur intelek, emosi,              material, tubuh badan dan roh



  💞 Wujud unsur-unsur positif dan negatif dalam diri manusia



  💞 Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan akhlak yang baik dalam diri anak melalui agen sosialisasi utama seperti pendidikan, amalan kebiasaan, dan pergaulan dengan orang-orang berbudi pekerti mulia.



  💞 Akhlak terhasil daripada wujudnya interaksi antara roh dan tindakan yang dipamerkan melalui perlakuan seorang anak



  💞 Roh merujuk kepada akhlak manakala perlakuan merujuk kepada aktiviti anggota tubuh yang dapat dilihat



  💞 Al-Ghazali melihat konsep ta'dib ini ialah satu proses untuk mendisiplinkan aspek fizikal dan spiritual anak



  💞 Anak-anak perlu dididik dengan perkara-perkara yang mudah dahulu sehingga mereka mampu menguasainya diikuti perkara-perkara yang lebih kompleks.



  💞 Beliau juga menekankan aspek fizikal kanak-kanak



  💞 Kanak-kanak perlu diberi masa untuk bermain dan melakukan aktivti-aktiviti pergerakan fizikal agar tubuh badan sihat dan menceriakan emosi mereka.



  💞 Kestabilan fizikal dan emosi berkait rapat dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.



  💞 Oleh itu, guru dan ibu bapa perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bermain bagi merehatkan minda dan menjauhkan diri daripada sifat malas.





💧 Riadah ( disiplin kendiri )



  💞 Al-Ghazali berpendapat bahawa riadah sebagai latihan kepada roh, bermula dengan latihan yang mudah-kompleks melalui usaha yang bersungguh-sungguh dan berkala hingga tahap yang sukar dapat dicapai dan diamalkan dengan mudah.



  💞 Bertujuan untuk membentuk akhlak yang baik



  💞 Contoh : Ibu bapa berperanan menjadi role model yang baik kepada anak-anak dari segi percakapan, perbuatan atau naluri dalaman



  💞 Beliau membahagikan riadah kepada 2 peringkat :

1. Penerapan adab dikaitkan dengan tabiat semulajadi roh yang cenderung kepada kebaikan.

2. Meneruskan objektif positif, iaitu merujuk kepada niat yang baik.



  💞 Matlamat utama riadah ialah membersihkan roh daripada akhlak yang keji seperti sikap marah, tamak dan sebagainya.



  💞 Roh, intelek, emosi dan kehendak dalaman perlu diseimbangkan agar akhlak yang terpuji dan sifat adil dapat dibentuk dalam diri individu



  💞 Maka individu dapat mencapai tahap hikmah ( akal yang sempurna ) iaitu berkebolehan membezakan antara perkara yang baik atau buruk atau betul atau salah.



💧 Ta'lim ( mengajar )



  💞 Perkataan asal allama bermaksud menjadikan individu berilmu pengetahuan atau mengajar ilmu kepada individu supaya ilmu itu kekal dalam akalnya.



  💞 Merujuk kepada pengajaran dan aspek kognitif.



  💞 Satu proses manusia mendapatkan ilmu yang mengangkat martabat manusia ke tahap kemanusiaan yang sempurna



  💞 Proses pengajaran-pembelajaran melibatkan ilmu pengetahuan, pelajar, dan guru ialah proses bagi mengembangkan potensi yang sedia ada pada diri kanak-kanak agar mereka berakhlak baik.



  💞 Guru berperanan penting dalam pembentukkan akhlak baik dalam diri pelajar.



  💞 Menurut Al-Ghazali, ciri-ciri guru yang baik adalah :

       

          💪 Berakhlak baik

         💪 Ilmu yang mendalam

         💪 Ikhlas menyampaikan ilmu

        💪 Mempunyai perasaan belas kasihan kepada pelajar

        💪 Sentiasa mengamalkan ilmu yang dimilikinya



💧 Tarbiyyah ( pengasuhan )



  💞 Berasal daripada perkataan rabba bermaksud memelihara, membela dan mengasuh walaupun tanpa ilmu pengetahuan



  💞 Fitrah kejadian manusia yang sentiasa cenderung kepada kesempurnaan dan ilmu pengetahuan, maka proses ini memerlukan penyucian jiwa dan ilmu pengetahuan agar dapat berkembang dengan sempurna



  💞 Ilmu yang utama diajar kepada anak-anak ialah ilmu agama dan Al-Quran



💝 5 garis panduan oleh Al-Ghazali



  💢 Memupuk amalan / kebiasaan yang baik dan positif

      💚 Dipraktikkan di rumah sebagaimana yang dianjurkan oleh islam

      💚 Cth : Diajar adab tidur seperti membaca doa tertentu sebelum dan selepas bangun tidur



  💢 Menyemai sifat mahmudah dalam kalangan kanak-kanak bermula dari ibu bapa sendiri yang                mempraktikkan terlebih dahulu.

      💚 Menyemai sifat jujur dan ikhlas dalam pergaulan, berani berhadapan dengan masalah dan                   cabaran, rendah diri seperti tidak sombong, hormat menghormati.



  💢 Ibu bapa bertutur dengan bahasa yang baik

      💚 Elakkan menggunakan perkataan kesat ketika memarahi anak-anak seperti perkataan bodoh,                 bengap, anak tidak berguna dsb.

      💚 Beri kesan kepada keyakinan dalam diri mereka



  💢 Mengukuh intelektual dan fizikal kanak-kanak

      💚 Menyarankan agar kanak-kanak yang sudah boleh menulis, membaca dan mengeja didedahkan            dengan bahan bacaan yang mempunyai nilai dan unsur yang positif seperti kisah tentang                     tokoh-tokoh islam, kisah yang memaparkan nilai dan peribadi yang baik, dan keperluan untuk             menyayangi keluarga dan masyarakat.

      💚 Aspek fizikal : menyarankan ibu bapa agar tidak menggalakkan anak-anak mereka tidur di                   siang hari kerana boleh melemahkan mental dan fizikal mereka.

      💚 Diajar bersyukur dengan apa yang ada dan tidak bermegah-megah dengan kekayaan ibu bapa              dan tidak berdukacita terhadap kemiskinan keluarganya.



  💢 Beri ganjaran dan dendaan kepada kanak-kanak dalam membentuk dan mendidik akhlak mereka

      💚 Ganjaran : Pujian, kata-kata perangsang sebagai galakan tingkah laku yang baik selain daripada  hadiah

      💚 Dendaan : Kenakan hukuman berlandaskan syariat setelah mereka tidak menunjukkan tanda-               tanda untuk berubah.



💧 Tahzib (penyucian )



  💞 Bermaksud membersih, menyuci dan mengemaskan sesuatu daripada sebarang kekotoran.



  💞 Merujuk kepada penyucian akhlak



  💞 Menurut Al-Ghazali, tahzib ialah penilaian kendiri dalam usaha meningkatkan diri ke tahap yang lebih sempurna.



  💞 Cth : Orang yang berhati mulia sentiasa menjadikan sedekah sebagai amalan biasa.



  💞 4 asas kesempurnaan akhlak ( ummamat al-akhlak ) mengikut Al-Ghazali



      1. Kebijaksaan ( hikmah ) : Dapat memahami kebenaran daripada kesilapan atas tindakan yang                dipilihnya

      2. Keadilan ( adil ) : Jiwa yang dapat menahan marah dan hawa nafsu bagi membimbing manusia             ke arah keselamatan dan kesejahteraan.

      3. Keberanian ( syaja'ah ) : Keteguhan hati bagi mempertahankan kebenaran walau dicela dan tidak  lupa diri tika dipuji

      4. Iffah : Memelihara diri daripada perkara negatif atau maksiat.



  💞 Proses tahzib perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak agar mereka memahami konsep hikmah         ( hidup / mati, sebab dan akibat pada hari akhirat ) apabila mencapai baligh.