Subscribe:

Thursday, November 29, 2018

IMAM AL GHAZALI


💗 Nama : Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al- Ghazali

💗 Lahir pada 1058 Masihi / 450 Hijrah di Tusi, Khurasan ( Iran )

💗 Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada ajaran islam.

💗 Menjadi pensyarah di Universiti Baghdad selama 4 tahun

💗 Meninggalkan ratusan karya dalam pelbagai bidang yang sebahagian besarnya masih boleh ditemui.

💗 Diantaranya ialah bidang Tasawuf, Akidah, Fiqh dan Ushul dan Falsafah dan Mantik

💗 Kitab Ihya' Ulumuddin, Mizan al-amal, Tahafut al Falsafah, Mishkat al-Anwar, Risalah al- Laduniyyan dan Munqidh min al-Dalal.

💗 14 Jamadilakhir 505H bersamaan dengan 19 Disember 1111, Imam Al-Ghazali menghembuskan nafasnya yang terakkhir di Thus.


Wednesday, November 28, 2018

PROSES PENGUASAAN BAHASA HALIDAY





 ❤Seorang ahli lingistik inggeris berpendapat pemguasaan bahasa,


❤Satu proses aktif yang berlaku apabila kanak-kanak cuba menggunakan bahasa,yang betul menerusi kemampuannya membuat penelahan.

❤Konsep ini menegaskan bagaimana seseorang kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka menurusi pembelajaran.,bukan menerusi proses semula jadi semata-mata.

❤Konsep ini juga menegaskan bagi memperkayakan keupayaan bahasa kanak-kanak mereka perlu mendapat banyak pendedahan dan latihan yang berterusan dan bermakna.

❤Dalam proses ini mereka akan melakukan pelbagai kesilapan dan membuat pembetulan terhadap kesilapan tersebut secara berperingkat-peringkat

❤Daripada mempelajari menerusi kesilapan inilah mereka dapat menguasai bentuk bahasa yang betul.





Sunday, November 25, 2018

KONSEP SOKONGAN VYGOTSKY



❤Kanak-kanak mempelajari bahasa secara meniru atau mengulangi apa yang didengar atau dalaminya sepanjang hayatnya.

❤Konsep sokongan yang disarankan oleh Vygotsky ialah satu konsep yang menegaskan bahawa kanak-kanak perlu menerima sokongan daripada orang dewasa bagi menguasai kemahiran asas berbahasa

❤Percaya bahawa kanak-kanak akan dapat memikul beban menguasai kemahiran berbahasa dengan bantuan orang dewasa



Tuesday, November 20, 2018

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF(PIAGET)



✋ Ahli sains kognitif yang telah berkembang pada awal abad ke -20 telah banyak mempengaruhi displin ilmu yang dikaji dan dipelajari dalam pelbagai institusi pendidikan .

✋Pengaruh sains kognitif juga telah memberikan impak yang besar terhadap pengetahuan kita tentang perkembangan bahasa awal kanak-kanak.

✋Bagi mereka yang mendokong pandangan dari sudut perkembangan kognitif berpendapat bahawa kanak-kanak menguasai bahasa berperingkat dan setiap peringkat harus dilalui dan dikuasai sepenuhnya sebelum mereka dapat meningkatkan kemahiran pada peringkat yang seterusnya.


✋Manusia tidak menguasai bahasa secara semulajadi tetapi mereka mempelajari secara berperingkat-peringkat.





Sunday, November 18, 2018

TEORI NATIVIS(TERBINA DALAM MINDA)CHOMSKY



Golongan nativis percaya bahawa kanak-kanak menguasai bahasa secara semula jadi tanpa perlu dilatih atau dipaksa.

➠Hal yang demikian ini bermaksud kanak-kanak akan menguasai bahasa seperti mereka menguasai kemahiran merangkak,kemudian bertatih dan akihirnya berjalan. 

➠Ahli teori nativis juga menegaskan bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses sosial yang dilakukan oleh manusia.

➠Penguasaan bahasa ialah satu proses berterusan dan tidak ada batasannya.

➠Secara semula jadi manusia memang mempunyai kemampuan untuk menguasai bahasa kerana terdapat sejenis alat yang terdapat dalam tubuh mereka..

➠Alat ini dikenali sebagai alat penguasaan bahasa (APB) (VYGOTSKY,1975).

➠Ahli Teori Nativis memang banyak mempengaruhi ahli teori bahasa yang lain dalam menjelaskan fenomena penguasaan bahasa manusia dan asas teori ini banyak digunakan dalam disiplin pendidik bahasa






Monday, November 12, 2018

DEFINISI BAHASA


Bahasa ialah satu sistem perhubungan suara antara manusia yang dikuasai secara semula jadi bagi mereka yang berkeadaan normal.

➣Bahasa ialah satu sistem komunikasi yang terdiri daripada bunyi,perkataan,dan tatabahasa,atau sistem komunikasi yang digunakan oleh orang di sesebuah negara atau profesion,

➣Bahasa hanya dapat dikuasai oleh manusia menerusi alat pertuturan.

➣Kanak-kanak normal dapat menghasilkan bunyi-bunyi bahasa seawal usia tiga bulan.

➣Penguasaan bahasa awal kanak-kanak ini akan berlaku secara berperimgkat-peringkat .

➣Peringat awal kanak-kanak akan menguasai bunyi-bunyi bahasa asas.

➣Peringkat selanjutnya kanak-kanak akan menguasai hukum tatabahasa ibunda mereka secara ilmiah.


Wednesday, November 7, 2018

ZAT SUSU IBU


1. LEMAK



💧Susu ibu kaya dengan DHA,AHA, dan EPA yang sangat penting dalam perkembangan sel-sel otak anak. Secara semulajadi, kandungan minerals termasuk lemak berubah-ubah mengikut umur bayi, keadaan bayi dan kesihatan bayi. Hampir semua bahan-bahan yang terkandung dalam susu ibu adalah bahan yang mudah diserap oleh tubuh bayi.



2. PROTEIN



💧Di dalam susu ibu, terkandung protein yang dinamakan 'whey'. Sejenis protein yang sangat lembut dan mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Susu ibu juga mengandungi 'lactoferrin' adalah bain untuk kesihatan usus bayi serta mengandungi lysozyme, bahan-bahan anti mikrob, susu ibu kaya dengan protein yang membantu perkembangan mental dan fizikal bayi serta beberapa bahan lain yang merangsang perkembangan bayi secara keseluruhannya.



3. KARBOHIDRAT



💧Tinggi dengan kandungan lactose yang sesuai untuk perkembangan bayi, lactose merupakan sejenis gula baik. Kaya juga dengan kandungan oligasakarida yang berfungsi menjaga usus kecil bayi.



4. ANTIBODI



💧Susu ibu sangat tinggi dengan set darah putih hidup. Bayi mendapat bermilion set darah putih hidup setiap kali dia manyusu dengan ibunya. Juga kaya dengan kandungan immunoglobulin ( juga dikenali sebagai gamma globulin atau globulin imun ) yang merupakan bahan yang berasal dari plasma darah manusia yang berfungsi melindungi penyakit dan mengandungi antibodi.



5. VITAMIN DAN MINERAL



💧Mengandungi vitamin dan mineral dan mudah diserap ke dalam tubuh bayi seperti zat besi,zink dan kalsium. Kandungan zat besi yang boleh diserap sehingga 75%. Tinggi dengan kandungan selenium yang merupakan antioksidan.



6. ENZIM DAN HORMON



💧Tinggi dengan enzim yang membantu penghadaman bayi seperti lipase dan amylase.


Monday, November 5, 2018

JENIS SUSU IBU


1) KOLOSTRUM





Susu ini adalah susu yang keluar beberapa jam atau beberapa hari selepas bersalin. Susu ini bewarna kekuningan dan sangat bagus  untuk bayi yang baru lahir kerana susu ni dapat membantu sistem imunisasi bayi.





2) FOREMILK





Susu ini adalah susu yang berada di hadapan payudara atau lebih dikenali sebagai susu awal. Ia dihasilkan di awal penyusuan. Jadi, bayi  akan dapat susu ini terlebih dahulu. Ia agak cair dan ada banyak air. Susu ini berfungsi untuk menghilangkan dahaga bayi.





3) HINDMILK





Susu ni berada di belakang payudara atau dikenali sebagai susu akhir. Ia terhasil di akhir penyusuan iaitu selepas susu foremilk habis. Warna susu hindmilk lebih pekat dari foremilk dan agak kekuningan. Susu ni akan memberi tenaga dan membantu tumbesaran bayi kerana ia mengandungi kalori lemak yang tinggi.

Thursday, November 1, 2018

PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF


Penyusuan secara eksklusif merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi semua khasiat dan imbangan yang betul. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, ibu digalakkan memberi penyusuan secara eksklusif sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu secara eksklusif sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain susu ibu.