Subscribe:

Tuesday, November 20, 2018

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF(PIAGET)



✋ Ahli sains kognitif yang telah berkembang pada awal abad ke -20 telah banyak mempengaruhi displin ilmu yang dikaji dan dipelajari dalam pelbagai institusi pendidikan .

✋Pengaruh sains kognitif juga telah memberikan impak yang besar terhadap pengetahuan kita tentang perkembangan bahasa awal kanak-kanak.

✋Bagi mereka yang mendokong pandangan dari sudut perkembangan kognitif berpendapat bahawa kanak-kanak menguasai bahasa berperingkat dan setiap peringkat harus dilalui dan dikuasai sepenuhnya sebelum mereka dapat meningkatkan kemahiran pada peringkat yang seterusnya.


✋Manusia tidak menguasai bahasa secara semulajadi tetapi mereka mempelajari secara berperingkat-peringkat.





0 comments:

Post a Comment