1) KOLOSTRUM
❤Susu ini adalah susu yang keluar beberapa jam atau
beberapa hari selepas bersalin. Susu ini bewarna kekuningan dan sangat bagus
untuk bayi yang baru lahir kerana susu ni dapat membantu sistem imunisasi
bayi.
2) FOREMILK
❤Susu ini adalah susu yang berada di hadapan
payudara atau lebih dikenali sebagai susu awal. Ia dihasilkan di awal
penyusuan. Jadi, bayi akan dapat susu ini terlebih dahulu. Ia agak cair
dan ada banyak air. Susu ini berfungsi untuk menghilangkan dahaga bayi.
3) HINDMILK
❤Susu ni berada di belakang payudara atau dikenali
sebagai susu akhir. Ia terhasil di akhir penyusuan iaitu selepas susu foremilk
habis. Warna susu hindmilk lebih pekat dari foremilk dan agak kekuningan. Susu
ni akan memberi tenaga dan membantu tumbesaran bayi kerana ia mengandungi
kalori lemak yang tinggi.
0 comments:
Post a Comment