Subscribe:

Thursday, November 1, 2018

PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF


Penyusuan secara eksklusif merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi semua khasiat dan imbangan yang betul. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, ibu digalakkan memberi penyusuan secara eksklusif sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu secara eksklusif sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain susu ibu.


0 comments:

Post a Comment