💦 Beliau menggunakan pendekatan sendiri dalam mendidik kanak-kanak
sesuai dengan kehendak Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad ( S.A.W )
💦 5 pendekatan yang digunakan ialah :
💬 Mendidik ( ta'dib )
💬 Disiplin kendiri ( riadah )
💬 Mengajar ( ta'lim )
💬 Pemeliharaan / asuhan yang baik ( tarbiyyah )
💬 Penyucian ( tahzib )
💦 Imam Al-Ghazali mentakrifkan akhlak iaitu suatu sifat yang
tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah
tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.
💦 Moral pula ialah satu perkara yang lebih merujuk kepada
peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan.
💫 KONSEP AKHLAK
💬 Akhlak / moral tidak boleh dipisahkan kerana setiap
perbuatan yang diambil tidak terlepas
daripada hukuman sama ada terhadap diri / orang lain / benda lain
iaitu adakah ia baik atau tidak tindakan tersebut.
💬 Akhlak dalam kehidupan manusia penting sehinggakan
orang yang tidak bermoral merasakan perlu
adanya akhlak yang diakui oleh mereka agar kehidupan menjadi lebih baik.
💬 Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak
mempunyai isi, jasad yang tidak bernyawa.
💫PERBEZAAN
AKHLAK
💥Tingkah laku manusia berasaskan wahyu/syarak
💥Menilai tindakan zahir dan batin manusia
💥Ditentukan oleh Allah melalui Al-Quran dan As-Sunnah
MORAL
💥Tingkah laku yang ditentukan oleh etika sama ada baik atau jahat
💥Menilai tindakan zahir manusia sahaja
💥Ditentukan oleh manusia
💧 Ta'dib ( mendidik )
💞 Ta'dib berasal daripada perkataan adab yang bermaksud
tenaga dalaman yang terpendam, secara semula jadi
cenderung kepada hakikat kebenaran yang diterjemahkan dalam bentuk tindakan
atau tingkah laku
💞 Merangkumi aspek pengajaran, kognitif, emosi, fizikal
dan spiritual.
💞 Anak-anak adalah amanah Allah kepada kedua ibu bapanya.
💞 Jika anak di didik dengan perbuatan yang baik, ia akan
membesar dalam persekitaran dan menjadi manusia yang baik
💞 Sebaliknya, jka dibiasakan dengan perbuatan jahat dan
pendidikan diabaikan, ia akan menjadi
manusia jahat dan dosanya turut ditanggung oleh ibu bapanya dan mereka yang
dipertanggungjawabkan untuk
menjaganya.
💞 Fitrah merujuk kepada naluri bagi mengenal, mentauhidkan
Allah dan mencari hakikat kebenaran
💞 Setiap kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai pelbagai
entiti seperti unsur intelek, emosi,
material, tubuh badan dan roh
💞 Wujud unsur-unsur positif dan negatif dalam diri manusia
💞 Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan akhlak yang baik dalam
diri anak melalui agen sosialisasi utama seperti pendidikan, amalan kebiasaan,
dan pergaulan dengan orang-orang berbudi pekerti mulia.
💞 Akhlak terhasil daripada wujudnya interaksi antara roh dan
tindakan yang dipamerkan melalui perlakuan seorang anak
💞 Roh merujuk kepada akhlak manakala perlakuan merujuk kepada
aktiviti anggota tubuh yang dapat dilihat
💞 Al-Ghazali melihat konsep ta'dib ini ialah satu proses
untuk mendisiplinkan aspek fizikal dan spiritual anak
💞 Anak-anak perlu dididik dengan perkara-perkara yang mudah
dahulu sehingga mereka mampu menguasainya diikuti perkara-perkara yang lebih
kompleks.
💞 Beliau juga menekankan aspek fizikal kanak-kanak
💞 Kanak-kanak perlu diberi masa untuk bermain dan melakukan
aktivti-aktiviti pergerakan fizikal agar tubuh badan sihat dan menceriakan
emosi mereka.
💞 Kestabilan fizikal dan emosi berkait rapat dengan
perkembangan kognitif kanak-kanak.
💞 Oleh itu, guru dan ibu bapa perlu memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk bermain bagi merehatkan minda dan menjauhkan diri daripada
sifat malas.
💧 Riadah ( disiplin kendiri )
💞 Al-Ghazali berpendapat bahawa riadah sebagai latihan kepada
roh, bermula dengan latihan yang mudah-kompleks melalui usaha yang
bersungguh-sungguh dan berkala hingga tahap yang sukar dapat dicapai dan
diamalkan dengan mudah.
💞 Bertujuan untuk membentuk akhlak yang baik
💞 Contoh : Ibu bapa berperanan menjadi role model yang baik
kepada anak-anak dari segi percakapan, perbuatan atau naluri dalaman
💞 Beliau membahagikan riadah kepada 2 peringkat :
1. Penerapan adab dikaitkan dengan tabiat semulajadi roh yang cenderung
kepada kebaikan.
2. Meneruskan objektif positif, iaitu merujuk kepada niat yang baik.
💞 Matlamat utama riadah ialah membersihkan roh daripada
akhlak yang keji seperti sikap marah, tamak dan sebagainya.
💞 Roh, intelek, emosi dan kehendak dalaman perlu
diseimbangkan agar akhlak yang terpuji dan sifat adil dapat dibentuk dalam diri
individu
💞 Maka individu dapat mencapai tahap hikmah ( akal yang
sempurna ) iaitu berkebolehan membezakan antara perkara yang baik atau buruk
atau betul atau salah.
💧 Ta'lim ( mengajar )
💞 Perkataan asal allama bermaksud menjadikan individu berilmu
pengetahuan atau mengajar ilmu kepada individu supaya ilmu itu kekal dalam
akalnya.
💞 Merujuk kepada pengajaran dan aspek kognitif.
💞 Satu proses manusia mendapatkan ilmu yang mengangkat
martabat manusia ke tahap kemanusiaan yang sempurna
💞 Proses pengajaran-pembelajaran melibatkan ilmu pengetahuan,
pelajar, dan guru ialah proses bagi mengembangkan potensi yang sedia ada pada
diri kanak-kanak agar mereka berakhlak baik.
💞 Guru berperanan penting dalam pembentukkan akhlak baik
dalam diri pelajar.
💞 Menurut Al-Ghazali, ciri-ciri guru yang baik adalah :
💪 Berakhlak baik
💪 Ilmu yang mendalam
💪 Ikhlas menyampaikan ilmu
💪 Mempunyai perasaan belas kasihan
kepada pelajar
💪 Sentiasa mengamalkan ilmu yang dimilikinya
💧 Tarbiyyah ( pengasuhan )
💞 Berasal daripada perkataan rabba bermaksud memelihara,
membela dan mengasuh walaupun tanpa ilmu pengetahuan
💞 Fitrah kejadian manusia yang sentiasa cenderung kepada
kesempurnaan dan ilmu pengetahuan, maka proses ini memerlukan penyucian jiwa
dan ilmu pengetahuan agar dapat berkembang dengan sempurna
💞 Ilmu yang utama diajar kepada anak-anak ialah ilmu agama
dan Al-Quran
💝 5 garis panduan oleh Al-Ghazali
💢 Memupuk amalan / kebiasaan yang baik dan positif
💚 Dipraktikkan di rumah sebagaimana yang
dianjurkan oleh islam
💚 Cth : Diajar adab tidur seperti membaca doa
tertentu sebelum dan selepas bangun tidur
💢 Menyemai sifat mahmudah dalam kalangan kanak-kanak bermula
dari ibu bapa sendiri yang
mempraktikkan terlebih dahulu.
💚 Menyemai sifat jujur dan ikhlas dalam
pergaulan, berani berhadapan dengan masalah dan
cabaran, rendah diri seperti tidak sombong,
hormat menghormati.
💢 Ibu bapa bertutur dengan bahasa yang baik
💚 Elakkan menggunakan perkataan kesat ketika
memarahi anak-anak seperti perkataan bodoh,
bengap, anak tidak berguna dsb.
💚 Beri kesan kepada keyakinan dalam diri mereka
💢 Mengukuh intelektual dan fizikal kanak-kanak
💚 Menyarankan agar kanak-kanak yang sudah boleh
menulis, membaca dan mengeja didedahkan
dengan bahan bacaan yang mempunyai nilai dan unsur yang positif seperti
kisah tentang
tokoh-tokoh islam, kisah yang memaparkan nilai dan peribadi yang baik,
dan keperluan untuk menyayangi
keluarga dan masyarakat.
💚 Aspek fizikal : menyarankan ibu bapa agar
tidak menggalakkan anak-anak mereka tidur di
siang hari kerana boleh melemahkan mental dan
fizikal mereka.
💚 Diajar bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak bermegah-megah dengan kekayaan ibu bapa
dan tidak berdukacita terhadap kemiskinan keluarganya.
💢 Beri ganjaran dan dendaan kepada kanak-kanak dalam membentuk
dan mendidik akhlak mereka
💚 Ganjaran : Pujian, kata-kata perangsang
sebagai galakan tingkah laku yang baik selain daripada hadiah
💚 Dendaan : Kenakan hukuman berlandaskan
syariat setelah mereka tidak menunjukkan tanda-
tanda untuk berubah.
💧 Tahzib (penyucian )
💞 Bermaksud membersih, menyuci dan mengemaskan sesuatu
daripada sebarang kekotoran.
💞 Merujuk kepada penyucian akhlak
💞 Menurut Al-Ghazali, tahzib ialah penilaian kendiri dalam
usaha meningkatkan diri ke tahap yang lebih sempurna.
💞 Cth : Orang yang berhati mulia sentiasa menjadikan sedekah
sebagai amalan biasa.
💞 4 asas kesempurnaan akhlak ( ummamat al-akhlak ) mengikut
Al-Ghazali
1. Kebijaksaan ( hikmah ) : Dapat memahami kebenaran
daripada kesilapan atas tindakan yang
dipilihnya
2. Keadilan ( adil ) : Jiwa yang dapat menahan marah
dan hawa nafsu bagi membimbing manusia
ke arah keselamatan dan kesejahteraan.
3. Keberanian ( syaja'ah ) : Keteguhan hati bagi
mempertahankan kebenaran walau dicela dan tidak lupa diri tika dipuji
4. Iffah : Memelihara diri daripada perkara negatif
atau maksiat.
💞 Proses tahzib perlu diterapkan seawal usia kanak-kanak agar
mereka memahami konsep hikmah ( hidup / mati, sebab
dan akibat pada hari akhirat ) apabila mencapai baligh.